PERATURAN SURAU
PERATURAN
AM
- Pengurusan surau ini adalah dikelolakan oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh pihak sekolah dengan bidang tugas yang ditetapkan.
- Surau ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan ibadat solat melaksanakan amali pendidikan Islam, menyambut hari-hari kebesaran Islam & aktiviti2 pendidikan serta kemasyarakatan.
- kebersihan dan keceriaan surau serta memastikan ianya sentiasa dalam keadaan yang memuaskan.
- Semua barang dan peralatan surau hendaklah dijaga dengan selamat.Ia tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran.
- Tidak dibenarkan menampal bahan-bahan penerbitan, poster atau risalah tanpa mendapat keizinan daripada pengerusi atau jawatankuasa surau
- Tidak dibenarkan menjadikan surau sebagai tempat melepak,menyalin atau menukar pakaian dan seumpamanya.
- Semua jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik dan air serta memastikan suis-suis lampu,kipas, alat siaraya ditutup selepas digunakan.
- Tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam surau ini perkara-perkara berikut:-
- Senjata tajam yang merbahaya dan seumpamanya.
- Bahan-bahan dan gambar lucah,majalah-majalah hiburan dan penerbitan yang berunsur politik serta risalah-risalah ajaran sesat
- Makanan dan minuman
PERATURAN
KHAS TATASUSILA DI SURAU
- Memakai pakaian yang suci,bersih,kemas dan bersopan ketika ke surau.
- Dilarang memakai baju T.shirt yang ”fancy” yang mengandungi gambar-gambar yang tidak sesuai.
- Masuk ke surau dengan mengambil wudhuk terlebih dahulu.
- Masuk dengan kaki kanan serta keluar dengan kaki kiri yang disertakan dengan doa.
- Mengambil tempat duduk pada saf bahagian hadapan terlebih dahulu.
- Merapatkan saf dan menghidupkan budaya salam dan berjabat tangan dengan jemaahyang lain.
- Duduk dengan keadaan yang khusyuk,bersopan serta menghadap kiblat.
- Memperbanyakkan zikrullah ketika berada disurau.
- Tidak membuat bising ketika berada di dalam surau.
- Menghormati azan dan iqamat serta menjawabnya dengan sempurna.
- Dilarang melintas dihadapan orang yang sedang solat.
- Digalakkan berwirid,berdoa dan bersalaman sebelum meninggalkan surau.
No comments:
Post a Comment