Masjid Al Azhar, Mesir





Mengikut catatan sejarah silam, Khalifah Aziz Billah telah menubuhkan universiti Islam yang pertama di dunia iaitu al-Azhar. Lebih kurang setahun selepas pembukaan Mesir dan perasmian Kaherah sebagai ibu negara , kerja-kerja pembinaan masjid al-Azhar mula dijalankan iaitu pada 4 April 970 Masihi bersamaan 24 Jamadil Awal 359Hijrah.Pembinaan masjid dimulakan oleh Jauhari as-Saqoli , seorang panglima di zaman Fatimiyyah.Usaha mulia ini selesai pada hari Jumaat , 22 Jun 972 Masihi bersamaan 7 Ramadhan 361 Hijrah dan merupakan hari yang pertama didirikan solat Jumaat . Pada tahun 378 H (988 M) , seorang wali kerajaan Abbasiyah di Mesir , Ya’kub bin Kals telah mencadangkan kepada Khalifah al Aziz Billah untuk menjadikan masjid tersebut sebagai Jamiah , institusi pendidikan yang menawarkan pelbagai ilmu pengetahuan . Maka bermulalah penumpuan umat Islam ke tempat tersebut dan masjid itu dinamakan Jami’ al-Azhar .    

 Mercu Azan
Masjid al-Azhar mempunyai tiga mercu azan yang dibina pada tiga zaman . Setiap mercu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri hasil paduan seni tiga zaman kesultanan Islam.
                                             Gempa Bumi di-Mesir
Satu bencana alam yang dahsyat telah berlaku pada tahun 1315 Masihi bersamaan 702 Hijrah. Al-Azhar juga kehilangan sebahagian besar binaannya ketika gempa bumi tersebut. Kerja-kerja pembaikan dijalankan dan kali ini keluasannya bertambah beberapa kali ganda. Pada detik inilah bermulanya pengajian di masjid Al-Azhar dan Madrasah Al- Tibrisiah.

       Matlamat Al-Azhar
Pada Oktober 1798, terjadi satu pemberontakan besar yang pertama dalam 
sejarah Mesir. Tragedi ini berlaku di persekitaran Al-Azhar dan Hussein. Selepas tamat krisis itu, Mesir berada di dalam keadaan aman dan nama Al-Azhar semakin mekar di jambangan dan tersebar namanya di serata dunia.
Al-Azhar pada zaman pemerintahan Ayyubiyah ( 567-648 H ) ( 1171-1250 M ) Salahuddin Yusof bin Ayyub amat menekankan pendidikan dan memperbaiki keberkesanannya. Beliau meneroka ilmu-ilmu naqli seperti Tafsir, Hadis, Ilmu Fiqh, Ilmu Kalam, Bahasa Arab dan sastera. Di samping itu , ilmu aqli seperti falsafah, mantik, sejarah,kesihatan,perubatan dan lain-lain turut diajarkan.


                                                Pengajian Di Al-Azhar
Sejarah pengajian di Al-Azhar selari dengan sejarah jami’ah yang telah melalui liku-liku perjalanan yang masih jauh. Pengajian dimulakan dengan menggunakan kitab I’tisar yang mengajar fiqh Syi’ah sebaik saja ia dibina pada tahun 365 H ( 975 M ). Di bawah kerajaan Ayubiyyah, Sultan Salahuddin yang telah berjaya menghapuskan pengaruh Syi’ah telah mengemas kinikan sistem pembelajaran berdasarkan mazhab Ahli Sunnah Wal Jama’ah dengan membawa masuk fiqh empat mazhab. Al-Azhar memainkan peranan secara langsung dalam pembentukan muslimah selepas perubahan besar undang-undang Al-Azhar pada tahun 1961.

                                            Nama-Nama Al-Azhar

                      Antara senarai Nama Syeikh Al-Azhar hingga 1417 H
1)Imam Muhammad bin Abdullah Al-Khuraisyi :
Lahir di desa Abu Khuraisyi Shubra Giza Mesir .Usianya dari tahun 1010 – 1101H (1601-1690M ).
2) Imam Abdul Baqi Al- Qulaini. Lahir di Qulain Kafr Syeikh Gharbiyah.
Syeikh Al-Azhar tahun 1120 H ( 1708 M ) Meninggal 1132 H ( 1719 M ).
3) Syeikh Muhammad Al-Hufny. Lahir di Hufnah Syarqiyah tahun 1100 H ( 1689 M ) – 1181 H ( 1767 M ). Syeikh Azhar tahun 1171 H ( 1757 M ).
4) Syeikh Abdullah As-Syarqawy. Lahir di desa Thuwailah Syarqiyah tahun 1150 H ( 1737 M )-1227 H ( 1812 M ).Syeikh Azhar tahun 1208H  (1793 M ) Terkenal sebagai salah seorang anggota “Diwanul Kaherah”.
5) Syeikh Hassan Al-’Atthar. Berasal dari keturunan Moroco.
Lahir tahun 1182 H ( 1768 M ) di Kaherah.Orang tuanya adalah pedagang rempah ratus ( ‘Atthar ).Terkenal sebagai pemimpin ulama’ ulama’ terkenal . Menerbitkan kitab “Al-Waqai Al-Misyriyah” Mengadakan halaqah yang dihadiri oleh pemimpin Mesir.
6) Syeikh Abdul Rahman An-Nawawi. Lahir di Nawawi tahun 1255 H ( 1839 M ) Menjadi Syeikh Azhar tahun 1317 H hanya sebulan kerana wafat.
7) Syeikh Abul Fadhl Al-Gizawy. Lahir di desa Warraq El-Hadhl Giza tahun 1847 H – 1927 M. Menjadi Syeikh Azhar tahun 1335 H.
8) Syeikh Mustafa Abdul Raziq. Lahir di Abu Guraq tahun 1885 H-1947 M. Pernah menjadi “wazir Al-Awqaf ” beberapa kali . Syeikh Azhar tahun 1945 M.










                             Gambar: Pemandangan Dari Luar Jalan Masjid Al-Azhar, Kaherah Mesir.

Pada peringkat pertama Al-Azhar dikenali sebagai Jami’ Kaherah yang disandarkan kepada ibu kota Mesir. Selepas daripada itu Jami’ Al-Azhar disandarkan pula namanya kepada nama salah seorang puteri Rasulullah SAW. Menurut kajian yang dilakukan tidak terdapat jawapan yang tepat terhadap pemilihan nama tersebut kerana terdapat beberapa ikhtilaf pendapat.


Sumber : http://munahamzan.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment