Katakanlah, “Jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu, dan mengampuni kamu akan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani”. (Ali Imran 3:31)
Ramadhan Tiba
Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan bulan Ramadhan kepada kita. Ramadhan bulan mulia, bulan barakah.
TAPI!
Masih ada ramai orang yang tidak solat tapi berpuasa. Sah ke?
Sudah pasti puasanya sah namun amalannya tidak diterima oleh ALLAH, kenapa?
Kerana Solat itu tiang agama.
Oleh itu, sahabat sekalian...
Bulan Ramadhan ini lah kita UBAH dan BerTAUBATlah.
Jadikan bulan Ramadhan ini terbaik dalam hidup kita, Insya Allah.
Masjid Al Azhar, Mesir

Mengikut catatan sejarah silam, Khalifah Aziz Billah telah menubuhkan universiti Islam yang pertama di dunia iaitu al-Azhar. Lebih kurang setahun selepas pembukaan Mesir dan perasmian Kaherah sebagai ibu negara , kerja-kerja pembinaan masjid al-Azhar mula dijalankan iaitu pada 4 April 970 Masihi bersamaan 24 Jamadil Awal 359Hijrah.Pembinaan masjid dimulakan oleh Jauhari as-Saqoli , seorang panglima di zaman Fatimiyyah.Usaha mulia ini selesai pada hari Jumaat , 22 Jun 972 Masihi bersamaan 7 Ramadhan 361 Hijrah dan merupakan hari yang pertama didirikan solat Jumaat . Pada tahun 378 H (988 M) , seorang wali kerajaan Abbasiyah di Mesir , Ya’kub bin Kals telah mencadangkan kepada Khalifah al Aziz Billah untuk menjadikan masjid tersebut sebagai Jamiah , institusi pendidikan yang menawarkan pelbagai ilmu pengetahuan . Maka bermulalah penumpuan umat Islam ke tempat tersebut dan masjid itu dinamakan Jami’ al-Azhar .
Mercu Azan
Masjid al-Azhar mempunyai tiga mercu azan yang dibina pada tiga zaman . Setiap mercu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri hasil paduan seni tiga zaman kesultanan Islam.
Mercu Azan
Masjid al-Azhar mempunyai tiga mercu azan yang dibina pada tiga zaman . Setiap mercu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri hasil paduan seni tiga zaman kesultanan Islam.
Gempa Bumi di-Mesir
Satu bencana alam yang dahsyat telah berlaku pada tahun 1315 Masihi bersamaan 702 Hijrah. Al-Azhar juga kehilangan sebahagian besar binaannya ketika gempa bumi tersebut. Kerja-kerja pembaikan dijalankan dan kali ini keluasannya bertambah beberapa kali ganda. Pada detik inilah bermulanya pengajian di masjid Al-Azhar dan Madrasah Al- Tibrisiah.
Matlamat Al-Azhar
Pada Oktober 1798, terjadi satu pemberontakan besar yang pertama dalam
sejarah Mesir. Tragedi ini berlaku di persekitaran Al-Azhar dan Hussein. Selepas tamat krisis itu, Mesir berada di dalam keadaan aman dan nama Al-Azhar semakin mekar di jambangan dan tersebar namanya di serata dunia.
sejarah Mesir. Tragedi ini berlaku di persekitaran Al-Azhar dan Hussein. Selepas tamat krisis itu, Mesir berada di dalam keadaan aman dan nama Al-Azhar semakin mekar di jambangan dan tersebar namanya di serata dunia.


Pengajian Di Al-Azhar
Sejarah pengajian di Al-Azhar selari dengan sejarah jami’ah yang telah melalui liku-liku perjalanan yang masih jauh. Pengajian dimulakan dengan menggunakan kitab I’tisar yang mengajar fiqh Syi’ah sebaik saja ia dibina pada tahun 365 H ( 975 M ). Di bawah kerajaan Ayubiyyah, Sultan Salahuddin yang telah berjaya menghapuskan pengaruh Syi’ah telah mengemas kinikan sistem pembelajaran berdasarkan mazhab Ahli Sunnah Wal Jama’ah dengan membawa masuk fiqh empat mazhab. Al-Azhar memainkan peranan secara langsung dalam pembentukan muslimah selepas perubahan besar undang-undang Al-Azhar pada tahun 1961.
Nama-Nama Al-Azhar
Antara senarai Nama Syeikh Al-Azhar hingga 1417 H
1)Imam Muhammad bin Abdullah Al-Khuraisyi :
Lahir di desa Abu Khuraisyi Shubra Giza Mesir .Usianya dari tahun 1010 – 1101H (1601-1690M ).
2) Imam Abdul Baqi Al- Qulaini. Lahir di Qulain Kafr Syeikh Gharbiyah.
Syeikh Al-Azhar tahun 1120 H ( 1708 M ) Meninggal 1132 H ( 1719 M ).
3) Syeikh Muhammad Al-Hufny. Lahir di Hufnah Syarqiyah tahun 1100 H ( 1689 M ) – 1181 H ( 1767 M ). Syeikh Azhar tahun 1171 H ( 1757 M ).
4) Syeikh Abdullah As-Syarqawy. Lahir di desa Thuwailah Syarqiyah tahun 1150 H ( 1737 M )-1227 H ( 1812 M ).Syeikh Azhar tahun 1208H (1793 M ) Terkenal sebagai salah seorang anggota “Diwanul Kaherah”.
5) Syeikh Hassan Al-’Atthar. Berasal dari keturunan Moroco.
Lahir tahun 1182 H ( 1768 M ) di Kaherah.Orang tuanya adalah pedagang rempah ratus ( ‘Atthar ).Terkenal sebagai pemimpin ulama’ ulama’ terkenal . Menerbitkan kitab “Al-Waqai Al-Misyriyah” Mengadakan halaqah yang dihadiri oleh pemimpin Mesir.
6) Syeikh Abdul Rahman An-Nawawi. Lahir di Nawawi tahun 1255 H ( 1839 M ) Menjadi Syeikh Azhar tahun 1317 H hanya sebulan kerana wafat.
7) Syeikh Abul Fadhl Al-Gizawy. Lahir di desa Warraq El-Hadhl Giza tahun 1847 H – 1927 M. Menjadi Syeikh Azhar tahun 1335 H.
8) Syeikh Mustafa Abdul Raziq. Lahir di Abu Guraq tahun 1885 H-1947 M. Pernah menjadi “wazir Al-Awqaf ” beberapa kali . Syeikh Azhar tahun 1945 M.








Gambar: Pemandangan Dari Luar Jalan Masjid Al-Azhar, Kaherah Mesir.
Pada peringkat pertama Al-Azhar dikenali sebagai Jami’ Kaherah yang disandarkan kepada ibu kota Mesir. Selepas daripada itu Jami’ Al-Azhar disandarkan pula namanya kepada nama salah seorang puteri Rasulullah SAW. Menurut kajian yang dilakukan tidak terdapat jawapan yang tepat terhadap pemilihan nama tersebut kerana terdapat beberapa ikhtilaf pendapat.
Sumber : http://munahamzan.blogspot.com/
Malam Kebudayaan Islam
Program ini dilakukan pada setiap tahun di Masjid Bandar Tasik Puteri. Ia bertujuan untuk mengajak semua warga Bandar Tasik Puteri pergi ke masjid dan menghayati malam kebudayaan islam. Banyak aktiviti yang dilakukan seperti ceramah ole penceramah-penceramah, solat berjemaah, persembahan qasidah dan jaualan. Program ini berjalan dengan lancar dan.
Humood AlKhudher - Kun Anta | حمود الخضر - كن أنت
Lirik Lagu + Terjemahan Bahasa Melayu
Tajuk Lagu: KUN ANTA
Penyanyi Asal: Humood Alkhudher
لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Ketika ingin bersaing dengan yang lain,
aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.
Ketika ingin bersaing dengan yang lain,
aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.
فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Jadi aku boleh jadi seorang yang lain
hanya untuk berbangga
Jadi aku boleh jadi seorang yang lain
hanya untuk berbangga
و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan
فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Tetapi yang kuperolehi hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.
Tetapi yang kuperolehi hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.
لا لا
لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan,
kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini
di dalam hati ia bersinar.
لا لا
نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas.
كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri kamu sendiri
pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada
Jadilah diri kamu sendiri
pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada
أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Sungguh aku menerima mereka
tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka
Sungguh aku menerima mereka
tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka
إلا بما يرضيني، كي أرضيني
melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.
سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri
inilah aku
aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri
inilah aku
فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
hal ini kurasakan sudah cukup
dan aku sangat pasti
سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku
aku tidak perlukan orang lain menerimaku
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku
aku tidak perlukan orang lain menerimaku
وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
aku akan jadi apa yang aku suka
kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku?
Subscribe to:
Comments (Atom)





