Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

MTQ Peringkat Daerah

Pada 11 Mac yang lepas telah berlangsungnya Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah bertempat di Sekolah Agama Menengah Rawang. Alhamdulillah berkat usaha bersama para guru dan peserta, pelajar SEMETRI telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Antaranya:-


Johan syarahan lelaki



Naib johan syarahan perempuan


Naib johan hafazan lelaki


Naib johan tilawah lelaki

Serba sedikit mengenai Abdul Jabbar Mahadi. Jabbar telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan syarahan agama spontan dan beliau telah melayakkan diri untuk mewakili daerah gombak ke peringkat negeri pada 12 April akan datang. Abdul Jabbar juga merupakan pengerusi bagi badan organisasi Squad Hidayah. Beliau juga merupakan ketua badan Pembimbing Rakan Sebaya di SEMETRI.

Antara kejayaan lain yang telah diraih pada hari pertandingan adalah;-
  • Naib Johan- kalimatussobah perempuan
  • Tempat kelima - nasyid
Diharapkan agar setiap pencapaian dan penglibatan para peserta dalam MTQ peringkat zon dan daerah ini dapat memberikan isnpirasi dan dapat menyuntik semangat pelajar untuk membuktikan bakat mereka seterusnya mengharumkan nama sekolah..  Sekian sahaja..



Majlis Tilawah Al-Quran

Saban tahun, SMK Bandar Tasik Puteri menyertai Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ). MTQ bagi tahun 2017 telah dijalankan pada 1 Mac yang lepas bertempat di SMK Bukit Rahman Putera. Hasil keringat guru-guru dan para peserta MTQ SEMETRI, tahun ini SEMETRI telah berjaya mendapat tempat kedua keseluruhan bagi peringkat zon.


 Berikut adalah antara pencapaian-pencapaian SEMETRI sepanjang MTQ peringkat zon:-


 TEMPAT KEDUA NASYID

TEMPAT KEDUA QIRAAT BI TARANNUM LELAKI


TEMPAT KEDUA QIRAAT BI TARANNUM PEREMPUAN


TEMPAT KEDUA SYARAHAN LELAKI


JOHAN SYARAHAN PEREMPUAN


TEMPAT KETIGA HAFAZAN LELAKI


Diharapkan agar pencapaian ini berterusan. Pihak sekolah akan berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti para peserta MTQ bagi pertandingan yang akan datang.

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat SMK BTP 2016



Majlis khatam Al-Quran merupakan program tahunan yang sering dilakukan apabila tibanya bulan Ramadhan Al-Mubarak. Majlis ini telah dilaksanakan pada 30 Jun 2016. Majlis ini bertujuan untuk memupuk serta memartabatkan kalam Allah yakni Al-Quran dalam kalangan warga SMK Bandar Tasik Puteri.

Para Pelajar serta guru-guru Panitia Pendidikan Islam


Bacaan diteruskan sehingga Surah An-Nas


Bacaan dimulakan dengan surah Ad-Dhuha.
Pelajar Khatam Al-Quran bergambar dengan guru Penasihat

Bacaan doa Khatam Al-Quran
Persembahan nasyid oleh Kumpulan Soutul Rijal

Barisan guru-guru Penolong Kanan

Pelancaran Program Bulan Dakwah dan Sambutan Maulidur Rasul

Program ini bertujuan untuk memenuhi aspirasi murid dalam anjakan ketiga iaitu melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai.

Objektif

1. Mendedahkan kepada murid tentang sebahagian kehidupan pelajar Muslim.
2. Memantapkan ilmu dan kefahaman tentang konsep menuntut ilmu dan jati diri Muslim.
3. Memantapkan akhlak dan sahsiah murid dengan akhlak mahmudah.
4. Meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan hamba Allah SWT..

Aktiviti

1. Rasulullah SAW contoh terbaik
       (CERAMA)
2. Pelancaran Bulan Dakwah
3. Kuiz Maulidur Rasul
4. Jom Solat!
   "ON TIME, ANY TIME, OVER TIME"
5.  Al-Quran di hatiku
6.  OPS BERSIH!
     "BUMIKU BERSIH ANUGERAH TUHAN"
7. Kempen 3B
     Beri Salam, Beri Sapaan & Beri Laluan
8. Cinta Rasul

Malam Kebudayaan Islam






Program ini dilakukan pada setiap tahun di Masjid Bandar Tasik Puteri. Ia bertujuan untuk mengajak semua warga Bandar Tasik Puteri pergi ke masjid dan menghayati malam kebudayaan islam. Banyak aktiviti yang dilakukan seperti ceramah ole penceramah-penceramah, solat berjemaah, persembahan qasidah dan jaualan. Program ini berjalan dengan lancar dan. 

Qasidah SMK Bandar Tasik Puteri



Persembahan qasidah oleh pelajar SMK Bandar Tasik Puteri yang dipimpin oleh Ustazah Aida pada Majlis Pengkhataman Al Quran peringkat sekolah.

Pengurusan Aktiviti


PENGURUSAN AKTIVITI

* SOLAT BERJEMAAH
* TAZKIRAH/TA'LIM
* MAJLIS YASIN & TAHLIL
* USRAH
* SOLAT DHUHA
* KELAS TAJWID
* KELAS FARDHU AIN
* TADARUS AL-QURAN
* SOLAT HAJAT
* GOTONG-ROYONG
* MESYUARAT AJK SURAU
* PENERBITAN RISALAH
* QIAMULLAIL
* KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
* MAJLIS KHATAM AL-QURAN
* PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM
- AWAL MUHARAM / MAAL HIJRAH
- MAULIDUR RASUL
- ISRA' DAN MIKRAJ
- NUZUL AL-QURAN