Assalamualaikum. Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dilimpahkan ke hadrat illahi dengan izin dan kurnianya dapat kita berjumpa pada pertemuan laman blog Surau Al-Hidayah bagi tahun ini. Program Surau Hidayah dimulakan dengan Pelancaran Program Bulan Dakwah. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini.
Antaranya ialah :
*Al-Quran Di Hatiku
*Bingkisan Pencetus Ummah
*Kempen Dhuha
*Jom Solat On Time, Overtime
*Kasih Solat
*Satu Minggu Satu Hadis
*Bumiku Bersih, Anugerah Tuhan
Aktiviti- aktiviti tersebut telah banyak memberi impak yang positif terhadap warga SMK Bandar Tasik Puteri khususnya para pelajar. Segala perancangan aktiviti Bulan Dakwah ini akan dijalankan secara berterusan sepanjang tahun. Nilai kepimpinan dan sikap bertanggungjawab telah dapat dipupuk dalam diri mereka.
Objektif Program ;
1) Melahirkan individu yang mengamalkan sifat terpuji iaitu sifat mahmudah.
2) Memberi kesedaran betapa pentingnya untuk mendekatkan diri kepada Allah
3) Mendedahlan kepada murid tentang kehidupan sebenar pelajar muslim
No comments:
Post a Comment