Saban tahun, SMK Bandar Tasik Puteri menyertai Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ). MTQ bagi tahun 2017 telah dijalankan pada 1 Mac yang lepas bertempat di SMK Bukit Rahman Putera. Hasil keringat guru-guru dan para peserta MTQ SEMETRI, tahun ini SEMETRI telah berjaya mendapat tempat kedua keseluruhan bagi peringkat zon.
Berikut adalah antara pencapaian-pencapaian SEMETRI sepanjang MTQ peringkat zon:-
TEMPAT KEDUA NASYID
TEMPAT KEDUA QIRAAT BI TARANNUM LELAKI
TEMPAT KEDUA QIRAAT BI TARANNUM PEREMPUAN
TEMPAT KEDUA SYARAHAN LELAKI
JOHAN SYARAHAN PEREMPUAN
TEMPAT KETIGA HAFAZAN LELAKI
Diharapkan agar pencapaian ini berterusan. Pihak sekolah akan berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti para peserta MTQ bagi pertandingan yang akan datang.
No comments:
Post a Comment